Friday, October 18, 2013

Salam Aidiladha :)

Assalamualaikum buat semua:)

Selamat hari raya aldiladha buat semua :)
Harap belum terlewat ucap salam aidiladha.
Semoga kita lebih mendalami maksud pengorbanan dan sejarah sejarah berikutan aidiladha.
Sememangnya elok jika kita mengambil kesempatan mendalami sejarah pengobanan dan hari aidiladha itu sendiri.
Pengorbanan Nabi Ibrahim dalam taat menjalani perintah Allah dan anaknya Nabi Ismail.
Pada 10 zulhijjah, hari raya korban ni salah satu tarikh penting bagi umat islam, sebab pada hari tersebut, Nabi Adam dengan isterinya Hawa di keluarkan dari Syurga dan diturunkan kebumi kemudian berjumpa di Arafah.

Alhamdulillah dan tahniah buat sesiapa yang berpuasa sunat Arafah.
Puasa Arafah dan Tarwiyah sangat dianjurkan bagi turut merasai nikmat yang sedang dirasakan oleh para jemaah haji ketika menjalankan ibadah di tanah suci ketika itu.

Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar,
 sebagaimana sabda Rasulullah 
“Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).

SubhanaAllah. Alhamdulillah.
sedikit perkongsian yang dhia terima dan dhia sampaikan.

Okey, dhia pon nak kongsikan sedikit gambar sekitar waktu penyembelihan korban kat kampung haritu.
Macam biasa, selesai solat sunat aidiladha, beberapa minit kemudian berlangsung pula korban di surau kampung. ade sebahagian mereka buat di rumah saje.

pada sesiapa yg lemah semangat, tak di galakkan tengok.
siapa nak tengok, boleh klik SINIIII !!!!!
Atau terus ke tab page "encik nikon'' kat atas nun.
Sekian :)

No comments:

Post a Comment