Thursday, November 7, 2013

Salam Maal HIjrah 1435H

assalamualaikum pada semua blogger dan pembaca pembaca.

First of all dhia nak ucapkan selamat menyambut awal muharam. SALAM MAAL HIJRAH 1435 hijrah. masa bergerak laju. tup tup tap! haaa tahun hijri baru sudaa.

tahun sudah berhijrah. manusia juga perlu berhijrah. rasanye semua orang pon tahu maksud hijrah tu apa dari segi bahasa dan istilah nya sendiri kan. sejarah sejarah yang berlaku juga. kita perlu mendalami segala pengertian tu. boleh google, boleh cari buku.
Tapiii, maksud penghijrahan dalam diri kita sendiri mungkin berbeza, tapi yang pasti semuanya mestilah ke arah kebaikan, penambah baikkan. betol tak kawan kawan??

jadi, harini dhia nak kongsikan apa pengertian hijrah pada diri dhia sendiri.

Alhamdulillah, dhia dilahirkan dalam keluarga yang memang menitik beratkan soal agama sampai sekarang.
Diberi pendidikan agama dari kecil sampai laa nii. kecik2 belajar mengaji pon memang dengan ayah sendiri. Menangiss bagai takyah cerita. ok, lari topik ni. kembali pada pengertian hijrah dhia sendiri.
Sebenarnya semua orang mesti rasa ingin nak jadi lebih baik dari sebelum ni.
sama macam dhia sendiri. dhia masih mencuba memperbaiki diri dari hari kehari. tahukan bahawa seorang anak adalah salah satu aset ibu dan ayah untuk ke syurga? mak ayah dhia adalah ibubapa yang sangat sempurna. Tapi sebagai anak Dhia rasa diri dhia sendiri belum cukup untuk tolong ayah ke syurga.
Hari hari, dari dulu lagi dhia selalu fikir dhia perlu lebih memperbaiki diri. Langkah langkah penghijrahan tu banyak.
Contoh penghijrahan dhia sendiri, kalau sebelum ni dhia tak suka membaca,, sekarang dhia dah ade 3,4 novel yang mempunyai pengajaran. banyak buku buku laen selain novel yang ade kat rumah yang dhia akan buka bila cuti. Most of the book adalah ayah dan abang yang punya.
Kalau dulu, lalu je kat depan almari buku tu, tapi sekarang, berhenti depan almari tu. Hahaha.
Mungkin tak banyak yg dhia baca, tapi sekurang kurangnya ada la nilai tambahan yang boleh ditambah dalam diri dhia sendiri jika nak di bandingkan dengan sebelum ni.
Makin banyak dhia tahu, makin banyak pulak sebenarnya yang dhia tak tahu.
Patutlah pepatah mengatakan, menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China.
Jadi kita perlu lebih rajin membaca. ayuh hijrah!
hihi
Jadi, pada dhia, pengertian hijrah tu adalah sesuatu yang mengubah dari buruk, kepada yang baik, dari baik, kepada yang lebih baek. bagi dhia kalau tidak kearah kebaikan, itu bukan hijrah namanya.

No comments:

Post a Comment