Wednesday, December 25, 2013

finalelele

assalamualaikum :)

lama dah dhia tak update entry baru. lagi lagi bila dah habis kelas e-commerce. en. hasman dah takde bagi tajuk tajuk entry untuk di post dah. jawabnye berhabuk la blog ni. hehehe
terima kasih lah en. hasman sebab banyak bagi nasihat dan tunjuk ajar untuk kami semua. :)
doakan kejayaan kami the retailerss yoww.

final dekat dah. harap soalan semua boleh dijawab dengan betul.
perasaan lama datang balik. perasaan rindu memories uitm segamat akan berulang untuk memories di uitm shah alam. untuk kawan kawan dan classmate, nice to know you all. korang memang best gile.
hope terus keep in touch and sahabat till jannah.
terima kasih untuk susah senang bersama. love all of you. especially ayu and zarina yang memang best friend dari dip and su walaupon degree baru rapat, but mcm dah lama kenal and you are d best housemate ever! hehe.
tak lupa yana. su dgn yana is my coursemate dip dulu. and degree jadi clasemate. korang mmg awesome. and buat tira, syufi, atyn wani, miera farahin, yasmin, qila, ika, atin syuhada, sab, aina, syahirah, nadia, faeza, afie, ika kecik, ika dahlan, fit, amni, hafizah, dayang,miera, and the boys, ajen, hassan, bard,  acap, afzal, amer, elwi, ikram, fadzil, ajim,. harap takde nama yang tertinggal. hope can see all of you again somewhere, somehow.

nak buat special thanks la siket. thanks housemate (ayu,zarina, su) a.k.a my bestfriend yg juga satu kelas gaduh baik gaduh. awesome!haha
thanks bard for our business group. good experiences for us. you are the best runner. haha. hujan2, pukul 1 pagi anta kuali naek moto. okey thank you.
thanks jugak kat hassan banyak kali gak la tumpang bila ade trip gerak pagi pagi and bagi pinjam keta setiap hari selasa. kancil hang is the best okey! dgn lagu2 yg aku mmg layan n dah naek hafal. haha.
and thank you yana because always study same2 mase kat kolej n birthday cupcake n cute teddy keychain. gonna miss you yana.
tq amer for the birthday choc cupcake. tq ajen n acap untuk lilin. haha.
and thank you untuk semua orang untuk susah senang kita tu mmg takkan lupa sampai bila2.
we are such a big family. sekecil mane pon memory tu, aku akan ingat sampai bila2 sebab korang semua memang awesome! love you all!

jujur, degree lagi best dari dip. kekekeke. but i love both! thanks!
Goodluck for our final exam. :)

wuhuuuu. nak nangisss

dhia akan upload gambar kat tab encik nikon. :)

Thursday, November 7, 2013

Salam Maal HIjrah 1435H

assalamualaikum pada semua blogger dan pembaca pembaca.

First of all dhia nak ucapkan selamat menyambut awal muharam. SALAM MAAL HIJRAH 1435 hijrah. masa bergerak laju. tup tup tap! haaa tahun hijri baru sudaa.

tahun sudah berhijrah. manusia juga perlu berhijrah. rasanye semua orang pon tahu maksud hijrah tu apa dari segi bahasa dan istilah nya sendiri kan. sejarah sejarah yang berlaku juga. kita perlu mendalami segala pengertian tu. boleh google, boleh cari buku.
Tapiii, maksud penghijrahan dalam diri kita sendiri mungkin berbeza, tapi yang pasti semuanya mestilah ke arah kebaikan, penambah baikkan. betol tak kawan kawan??

jadi, harini dhia nak kongsikan apa pengertian hijrah pada diri dhia sendiri.

Alhamdulillah, dhia dilahirkan dalam keluarga yang memang menitik beratkan soal agama sampai sekarang.
Diberi pendidikan agama dari kecil sampai laa nii. kecik2 belajar mengaji pon memang dengan ayah sendiri. Menangiss bagai takyah cerita. ok, lari topik ni. kembali pada pengertian hijrah dhia sendiri.
Sebenarnya semua orang mesti rasa ingin nak jadi lebih baik dari sebelum ni.
sama macam dhia sendiri. dhia masih mencuba memperbaiki diri dari hari kehari. tahukan bahawa seorang anak adalah salah satu aset ibu dan ayah untuk ke syurga? mak ayah dhia adalah ibubapa yang sangat sempurna. Tapi sebagai anak Dhia rasa diri dhia sendiri belum cukup untuk tolong ayah ke syurga.
Hari hari, dari dulu lagi dhia selalu fikir dhia perlu lebih memperbaiki diri. Langkah langkah penghijrahan tu banyak.
Contoh penghijrahan dhia sendiri, kalau sebelum ni dhia tak suka membaca,, sekarang dhia dah ade 3,4 novel yang mempunyai pengajaran. banyak buku buku laen selain novel yang ade kat rumah yang dhia akan buka bila cuti. Most of the book adalah ayah dan abang yang punya.
Kalau dulu, lalu je kat depan almari buku tu, tapi sekarang, berhenti depan almari tu. Hahaha.
Mungkin tak banyak yg dhia baca, tapi sekurang kurangnya ada la nilai tambahan yang boleh ditambah dalam diri dhia sendiri jika nak di bandingkan dengan sebelum ni.
Makin banyak dhia tahu, makin banyak pulak sebenarnya yang dhia tak tahu.
Patutlah pepatah mengatakan, menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China.
Jadi kita perlu lebih rajin membaca. ayuh hijrah!
hihi
Jadi, pada dhia, pengertian hijrah tu adalah sesuatu yang mengubah dari buruk, kepada yang baik, dari baik, kepada yang lebih baek. bagi dhia kalau tidak kearah kebaikan, itu bukan hijrah namanya.

Friday, October 25, 2013

three most important things to me :)

Assalamualaikum and good morning, good afternoon, good evening and goodnight. :)

For this lateast entry blog, i want to story about the three most important things in my life if i'm stuck in any island ALONE! LONELY. Yang ade cuma krikkk krikkk krikkk dan yang sewaktu dengan nya.
Definitely that will be the most scary moment in my life.
Jadi, untuk pastikan dhia boleh survive dalam pulau tu seorang diri, ataupun sebelum dhia dapat lepaskan diri, dhia kena ade tiga yang penting ni.

1. Doa
Sudah pastinya, semestinya perlu ada doa. dhia perlu berdoa supaya Allah memberi pertolongan, keselamatan dan kemudahan ketika seorang diri dalam pulau tu. Siapa siapa pun, mesti ramai yang secara automatik, sekurang kurangnya akan berdoa "Ya Allah, bantulah aku" kalau tiba tiba terdampar kat pulau.

2. Pisau
Okey, pisau ni rasenye semua orang perlu bila terdampar kat pulau. sebagai pertahanan diri dan kegunaan lain contohnya, potong buah, bunuh binatang, potong dahan pokok untuk makan dan membuat tempat perlindungan. dalam keadaan kedaruratan macam tu, macam macam boleh berlaku.

3. Marker pen permanent
Bende ni dhia akan gunakan untuk membuat tanda. Kita mesti nak cuba cari jalan keluar. jadi dengan takde compass, marker pen ni dhia boleh buat tanda kat pokok pokok atau ranting kat kawasan yang dhia dah lalu.

jadi, tu lah yang penting kalau dhia terdampar. moral dari cerita atas ni, doa tu mmg hari hari kita akan buat hari hari sebagai seorang muslim. pisau tu kita boleh ibaratkan sebagai perisai kita. kalau kehidupan seharian, tentunya menunjukkan kekuatan yang kita ada untuk melakukan apa apa kerja. marker pen permanent, penanda aras pula menunjukkan yang kita perlu ade perancangan dan objektif jika melakukan sesuatu untuk mencapai goal utama.

Tu je untuk harini. :)




Friday, October 18, 2013

Salam Aidiladha :)

Assalamualaikum buat semua:)

Selamat hari raya aldiladha buat semua :)
Harap belum terlewat ucap salam aidiladha.
Semoga kita lebih mendalami maksud pengorbanan dan sejarah sejarah berikutan aidiladha.
Sememangnya elok jika kita mengambil kesempatan mendalami sejarah pengobanan dan hari aidiladha itu sendiri.
Pengorbanan Nabi Ibrahim dalam taat menjalani perintah Allah dan anaknya Nabi Ismail.
Pada 10 zulhijjah, hari raya korban ni salah satu tarikh penting bagi umat islam, sebab pada hari tersebut, Nabi Adam dengan isterinya Hawa di keluarkan dari Syurga dan diturunkan kebumi kemudian berjumpa di Arafah.

Alhamdulillah dan tahniah buat sesiapa yang berpuasa sunat Arafah.
Puasa Arafah dan Tarwiyah sangat dianjurkan bagi turut merasai nikmat yang sedang dirasakan oleh para jemaah haji ketika menjalankan ibadah di tanah suci ketika itu.

Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar,
 sebagaimana sabda Rasulullah 
“Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).

SubhanaAllah. Alhamdulillah.
sedikit perkongsian yang dhia terima dan dhia sampaikan.

Okey, dhia pon nak kongsikan sedikit gambar sekitar waktu penyembelihan korban kat kampung haritu.
Macam biasa, selesai solat sunat aidiladha, beberapa minit kemudian berlangsung pula korban di surau kampung. ade sebahagian mereka buat di rumah saje.

pada sesiapa yg lemah semangat, tak di galakkan tengok.
siapa nak tengok, boleh klik SINIIII !!!!!
Atau terus ke tab page "encik nikon'' kat atas nun.
Sekian :)

kesempatan

assalamualaikum buat kawan kawan blogger dan pembaca pembaca. :)
semoga korang sentiasa sihat.
kat sini dhia nak ambil kesempatan mohon jasa baik kalian
untuk like page business dhia ni
klik SINIIII !!!!
First of all thank you kawan kawan :)


Page ni bukan real.
it just for an assignment
Need your support everyone.

D'Star gift & design (D'S company)
kadang kadang terfikir rasa betul betul nak ade satu business named as D'Star satu hari nanti.
maybe terus buat business gift & design. ataupon photography service. "D'Star Photog". pehhhh. hihihihi
InsyaAllah.
Wish me luck!

Tuesday, October 1, 2013

hari ini hari itu

assalamualaikum. hai blog, blogger, reader, follower. :)

Khamis
Jumaat
Sabtu
Ahad.
Dannn
Alhamdulillah. selesai sudah wedding cousin(perempuan) yang berlangsung semalam. 29 september 2013 bersamaan dengan birthday beliau juga.

Alhamdulillah dhia selamat sampai kat rumah sewa pukul 12 malam tadi.
Semua berjalan seperti yang di rancang.
Nak post gambar cerita nye ni.
Tapi akan dhia update gambar sekitar majlis tu dekat tab page 'Encik Nikon', kat atas blog dhia tu, cuba scroll ke atas, tengok tab page betul betul kat bawah gambar header (kapal tu).
sebelah tab page 'Random' tuuu. haaaa yang tuuu. atau klik je sini haaaa SINI! SINI! klik!
Tapi kalau buka tapi tengok takde lagi gambarnye, maksudnya skrin korang tak rosak, tak perlu betolkan, sebab memang dhia belom masukkan gambar lagi.
dhia nak kena tapis dan pilih dulu dalam memory card tu. hehe.
Tapi bersama entry ni dhia ade selitkan sekali satu gambar dulu. tak boleh lebih nanti tak kejutan!.
okey. itu saje. jumpa next entry yow. caw cincawww.


SELAMAT PENGANTIN BARU DAN HAPPY BIRTHDAY. SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.
#khas dari pengapit. hehe :)


Thursday, September 19, 2013

Andai Bisa ku Mengulang :')

Assalamualaikum dear blog, bloggers, readers, followers.
*cehh, gaya macam ramai je yang baca blog dhia. En. hasman je yang baca rasanya (our E-Commerce lecturer)*

okey. before proceed to the point of my entry title's, lets us first look at this quote:

“Life is full of changes. And surprises. And the inexplicable(s).”
Hlovate,
Contengan Jalanan

Perubahan-perubahan, kejutan-kejutan dalam hidup kita sendiri sukar untuk kita jelaskan macam yang penulis novel terkenal Hlovate cakap kat atas ni. Salah satu quote dia dari novel "Contengan Jalanan". 
Sila baca novel-novel hlovate. Sangat "berbaloi-baloi". If u feels like reading Hlovate's novel is not fun, then, you are wrong. Dhia baru baca satu novel ni, tapi pasti akan cari novel Hlovate yg lain.

Okey! Let's go to my entry point.
Lepas kita sedar akan kejutan dan perubahan yang berlaku pada diri kita, samada kita sedar atau tak, baru kita akan terfikir, "andai lah kita boleh ulang masa, kalaulah aku boleh berhentikan masa, kalau aku dapat putarkan masa" dan sewaktu dengan nya.
Kadang-kadang nak suruh doraemon keluarkan mesin "masa silam" dari poket ajaib dia. Tapi doremon pon kita tak pernah jumpa. haha.
Time keeps moving foward.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....... kalau dhia dapat balik ke masa lepas, dah tentulah dhia taknak jumpa or kenal orang yang dhia perlu lupakan pada masa sekarang. Macam yang orang orang selalu cakap:

"Aku lebih rela memilih tidak mengenalimu dulu, dari aku harus melupakanmu sekarang"

Kalau dhia boleh pegi balik ke 3 tahun yang lalu, dhia taknak bagi dia jumpa dengan mak ayah dan family. Sebab semua masih terlalu awal.
Macam yang ayah sendiri pernah cakap kat die dulu,:
 "perjalanan kamu berdua masih panjang, biar ape pon akhirnya nanti adalah dengan akhir yang baik"

Tapi, kita merancang, Allah yang menentukan. Sekarang dhia perlu lupakan dia. Kerana itu mungkin yang terbaik. Cukup lah berakhir dengan persahabatan mungkin. (tapi better jadi stranger, taknak kenal langsung). Berserah sahaja.
 "kita merancang dengan cita-cita, tapi Allah merancang dengan CintaNYA"

Kalau lah dhia ada peluang ke masa silam, dhia nak jadi dhia yang sekarang sahaja. 
Atau dhia lebih memilih untuk tetap jadi kanak-kanak yang tak pernah fikir masalah. 
Rutin harian, sekolah, makan, tidur. (agak selfish disitu. hahaha)
Dhia nak duduk bawah ketiak mak je, walaupon mak ayah suruh pegi belajar. Haha.

*Walau apa pon, masa silam banyak mengajar kita tentang kehidupan.. People changes... Time flies... Pengalaman "mematangkan" diri.

“Losing never come easy. First off, preserved the memories.”
Hlovate, Contengan Jalanan

“Ada beza antara jumpa benda yang kita nak cari, dan cari benda yang kita nak jumpa.”
Hlovate, Contengan Jalanan   

 “Live the moment. Cherish the present. Anticipate the future. Frame the yesteryear”
Hlovate, Contengan Jalanan

Monday, September 16, 2013

Alhamdulillah :)

Saya SUSAH tapi ada yang LEBIH SUSAH dari saya,

Saya MENDERITA tapi ada yang LEBIH MENDERITA dari saya,

Saya SEDIH tapi ada yang LEBIH SEDIH dari saya,

Saya SAKIT tapi ada yang LEBIH SAKIT dari saya,

Rupanya saya lebih SENANG dari MEREKA.

Rupanya saya lebih BAHAGIA dari MEREKA.

Rupanya saya lebih GEMBIRA dari MEREKA.

Rupanya saya lebih SEHAT dari MEREKA.

~ ALHAMDULILLAH YA ALLAH BERSYUKUR DENGAN APA ADANYA KITA

Thursday, September 12, 2013

We learn outside the classroom when we grow older


kau orang macam ni eh? wuuuuu~
I'm not.
Dhia dalam kelas kot sekarang. rajin sentiasa. ekekeke  :p

DOMO Kun

Assalamualaikum

Todays post just bout DOMO kun.
The square buddy.
With white tooth in their opened mouth everyday.
How domo take their meal ha? how they eat and drinks.
No wonder they doesn't have stomach yaa? just square.
how do you look at domo as? cute? sometimes cute, sometimes ferocious?







Susahkan nak detect Domo punya expression (kalau tengok gigi dengan mulut je) kan?

*it's just a character, but why I always put them in "question"? they cute what. yaaa. Pity on myself.
-_________-'

Thursday, September 5, 2013

Masalah yang datang seiring usia.
Mengapa di duga? kerana Hanya Dia pemilik cerita yang tahu segalanya.
Sukar tidak di sangka, indah nanti tidak terkira.

Ya Allah,
ketabahan ku pinta.
kuberserah segala.


antara tangis dan tawa


jiwa, semangat, cita-cita

Bukanlah Allah meninggalkan kita ketika kita berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup. Kalau Allah tinggalkan kita, pastilah tidak ada kesenangan dan kemudahan satu apapun yang akan diberikan kepada kita selepas daripada kesusahan itu. Allah bukan sengaja mahu membebankan kita dengan segala kesusahan itu, tetapi Allah sedang mengasah jiwa kita supaya kita nanti memiliki jiwa yang tegar, semangat yang kuat dan cita-cita yang tinggi dalam kehidupan.

i'm back!

assalamualaikum..
hihi.
kehadapan para pembaca yg dikasihi sekalian.
i'm back to blogging.
tu je. sekiann.
wassalam. :)