Friday, October 25, 2013

three most important things to me :)

Assalamualaikum and good morning, good afternoon, good evening and goodnight. :)

For this lateast entry blog, i want to story about the three most important things in my life if i'm stuck in any island ALONE! LONELY. Yang ade cuma krikkk krikkk krikkk dan yang sewaktu dengan nya.
Definitely that will be the most scary moment in my life.
Jadi, untuk pastikan dhia boleh survive dalam pulau tu seorang diri, ataupun sebelum dhia dapat lepaskan diri, dhia kena ade tiga yang penting ni.

1. Doa
Sudah pastinya, semestinya perlu ada doa. dhia perlu berdoa supaya Allah memberi pertolongan, keselamatan dan kemudahan ketika seorang diri dalam pulau tu. Siapa siapa pun, mesti ramai yang secara automatik, sekurang kurangnya akan berdoa "Ya Allah, bantulah aku" kalau tiba tiba terdampar kat pulau.

2. Pisau
Okey, pisau ni rasenye semua orang perlu bila terdampar kat pulau. sebagai pertahanan diri dan kegunaan lain contohnya, potong buah, bunuh binatang, potong dahan pokok untuk makan dan membuat tempat perlindungan. dalam keadaan kedaruratan macam tu, macam macam boleh berlaku.

3. Marker pen permanent
Bende ni dhia akan gunakan untuk membuat tanda. Kita mesti nak cuba cari jalan keluar. jadi dengan takde compass, marker pen ni dhia boleh buat tanda kat pokok pokok atau ranting kat kawasan yang dhia dah lalu.

jadi, tu lah yang penting kalau dhia terdampar. moral dari cerita atas ni, doa tu mmg hari hari kita akan buat hari hari sebagai seorang muslim. pisau tu kita boleh ibaratkan sebagai perisai kita. kalau kehidupan seharian, tentunya menunjukkan kekuatan yang kita ada untuk melakukan apa apa kerja. marker pen permanent, penanda aras pula menunjukkan yang kita perlu ade perancangan dan objektif jika melakukan sesuatu untuk mencapai goal utama.

Tu je untuk harini. :)




Friday, October 18, 2013

Salam Aidiladha :)

Assalamualaikum buat semua:)

Selamat hari raya aldiladha buat semua :)
Harap belum terlewat ucap salam aidiladha.
Semoga kita lebih mendalami maksud pengorbanan dan sejarah sejarah berikutan aidiladha.
Sememangnya elok jika kita mengambil kesempatan mendalami sejarah pengobanan dan hari aidiladha itu sendiri.
Pengorbanan Nabi Ibrahim dalam taat menjalani perintah Allah dan anaknya Nabi Ismail.
Pada 10 zulhijjah, hari raya korban ni salah satu tarikh penting bagi umat islam, sebab pada hari tersebut, Nabi Adam dengan isterinya Hawa di keluarkan dari Syurga dan diturunkan kebumi kemudian berjumpa di Arafah.

Alhamdulillah dan tahniah buat sesiapa yang berpuasa sunat Arafah.
Puasa Arafah dan Tarwiyah sangat dianjurkan bagi turut merasai nikmat yang sedang dirasakan oleh para jemaah haji ketika menjalankan ibadah di tanah suci ketika itu.

Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar,
 sebagaimana sabda Rasulullah 
“Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).

SubhanaAllah. Alhamdulillah.
sedikit perkongsian yang dhia terima dan dhia sampaikan.

Okey, dhia pon nak kongsikan sedikit gambar sekitar waktu penyembelihan korban kat kampung haritu.
Macam biasa, selesai solat sunat aidiladha, beberapa minit kemudian berlangsung pula korban di surau kampung. ade sebahagian mereka buat di rumah saje.

pada sesiapa yg lemah semangat, tak di galakkan tengok.
siapa nak tengok, boleh klik SINIIII !!!!!
Atau terus ke tab page "encik nikon'' kat atas nun.
Sekian :)

kesempatan

assalamualaikum buat kawan kawan blogger dan pembaca pembaca. :)
semoga korang sentiasa sihat.
kat sini dhia nak ambil kesempatan mohon jasa baik kalian
untuk like page business dhia ni
klik SINIIII !!!!
First of all thank you kawan kawan :)


Page ni bukan real.
it just for an assignment
Need your support everyone.

D'Star gift & design (D'S company)
kadang kadang terfikir rasa betul betul nak ade satu business named as D'Star satu hari nanti.
maybe terus buat business gift & design. ataupon photography service. "D'Star Photog". pehhhh. hihihihi
InsyaAllah.
Wish me luck!

Tuesday, October 1, 2013

hari ini hari itu

assalamualaikum. hai blog, blogger, reader, follower. :)

Khamis
Jumaat
Sabtu
Ahad.
Dannn
Alhamdulillah. selesai sudah wedding cousin(perempuan) yang berlangsung semalam. 29 september 2013 bersamaan dengan birthday beliau juga.

Alhamdulillah dhia selamat sampai kat rumah sewa pukul 12 malam tadi.
Semua berjalan seperti yang di rancang.
Nak post gambar cerita nye ni.
Tapi akan dhia update gambar sekitar majlis tu dekat tab page 'Encik Nikon', kat atas blog dhia tu, cuba scroll ke atas, tengok tab page betul betul kat bawah gambar header (kapal tu).
sebelah tab page 'Random' tuuu. haaaa yang tuuu. atau klik je sini haaaa SINI! SINI! klik!
Tapi kalau buka tapi tengok takde lagi gambarnye, maksudnya skrin korang tak rosak, tak perlu betolkan, sebab memang dhia belom masukkan gambar lagi.
dhia nak kena tapis dan pilih dulu dalam memory card tu. hehe.
Tapi bersama entry ni dhia ade selitkan sekali satu gambar dulu. tak boleh lebih nanti tak kejutan!.
okey. itu saje. jumpa next entry yow. caw cincawww.


SELAMAT PENGANTIN BARU DAN HAPPY BIRTHDAY. SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.
#khas dari pengapit. hehe :)